Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
 
 
| ENGLISH WEBSITE |
Anda berada di :: Laman Utama
Friday, September 3, 2010
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
- KOMPAS Online
- Manual Pengguna KOMPAS
- SPK Online
- Manual Pengguna SPK
- e-Adu



Hyper Rangkai
Capaian Emel Peserta Kursus
Quality ISO
RSS FEEDS
Laman Web Rasmi, Institut Aminuddin Baki, KPM Pengguna Atas Talian:

 
 

Assalamualaikum,

Selamat datang ke Laman Web Institut Aminuddin Baki.

IAB adalah satu-satunya pusat latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan di Negara ini yang idea penubuhannya dicetuskan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Bermula dengan nama asalnya MESTI (Malaysian Educational Staff Training Institute) pada tahun 1979, ia telah berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan semasa.

Selaku sayap latihan bagi Kementerian Pelajaran Malaysia , IAB menerajui kecemerlangan dalam memberikan latihan yang bercorak pengurusan dan kepimpinan khususnya kepada para pengurus dan pemimpin pendidikan di seluruh negara. Justeru, selaras dengan perubahan-perubahan terkini dunia pendidikan dan dasar-dasar terkini Negara, IAB juga berusaha menggabungkan amalan terbaik kepimpinan bagi memperkaya tubuh ilmunya. Perubahan persekitaran seperti ini menuntut agar semua pemimpin pendidikan menguasai ilmu dan kemahiran secara integratif dan komprehensif.

Sebagai komitmen kepada agenda untuk merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, IAB akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan para pengurus / pemimpin pendidikan yang diberikan latihan akan memperolehi pelbagai dimensi terbaru ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya dapat menghadapi cabaran dan dugaan di era pembangunan teknologi dan globalisasi ini.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelawat Laman Web IAB ini. InsyaAllah, sebagai institusi penaja ilmu pengurusan dan kepimpinan pendidikan, IAB akan sentiasa berusaha memberikan perkhimatan yang terbaik kepada semua warga pendidikan di negara ini. Moga melalui laman web ini, IAB berupaya mewujudkan satu rantaian perhubungan profesional dan mampu menjadi sumber saluran informasi digital utama dengan lebih mantap dan berkesan dan saya berharap kita akan berpeluang berjumpa di IAB.

 
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Terakhir dikemaskini :- 24 Febuari 2009
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands