Laman Web Rasmi, Institut Aminuddin Baki, KPMPengguna Atas Talian:
VISI , MISI DAN OBJEKTIF
MISI Membangun keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti. Building educational leadership capacity for quality organization.
VISI IAB sebagai pusat kepimpinan pendidikan yang terbilang. IAB as a centre of distinction for educational leadership
NILAI PERKHIDMATAN( VALUES)
Integriti (Integrity)
-Menghayati integriti diri dan mempamerkan melalui pemikiran, amalan dan tindakan
Profesionalisme(Profesionalism)-Memupuk budaya kerja yang berprofesional bagi merealisasikan mandat yang diamanahkan
kepada InstitutPengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Negara,menerusi pengamal profesional latihan dan pembangunan (master trainer) kepimpinan dan pengurusan pendidikan
Budaya Permuafakatan (Team Work Culture)-Membentuk sinergi jalinan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman di
kalangan warga IAB yang boleh menyumbangkan ke arah pembangunan dan pembaharuan organisasi pendidikan yang berprestasi tinggi.
Organisasi Pembelajaran (Learning Organisation)-Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui mengwujudkan
iklim tempat kerja yang boleh menjadi pemangkin ke arah peningkatan ketrampilan individu, pembelajaran kolaborasi, amalan terbaik ,perkongsian misi dan visi, serta aplikasi pendekatan sistem untuk penambahbaikan berterusan dan
berfikiran terbuka memberikan idea, pandangan serta teguran bagi kemajuan organisasi dan negara.
Prestasi Tinggi (High Performance)-Membentuk budaya kerja yang berprestasi tinggi melalui tenaga kerja yang berkompeten
dan berpotensi untuk menjana ilmu melalui usaha berterusan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen seiringan dengan perkembangan dalam bidang latihan dan
pembangunan serta domain ilmu Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
DASAR KUALITI
IAB komited untuk menyediakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Adalah menjadi komitmen kami untuk memenuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan keberkesanan secara berterusan.
Bagi memastikan tujuan ini, dasar kualiti beserta dengan objektifnya disemak semula semasa mesyuarat kajian semula pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan.
Dasar kualiti ini disebar melalui media cetak dan taklimat pengurusan untuk difahami oleh keseluruhan anggota IAB.
MATLAMAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan
Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi
Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai
(value for money)
OBJEKTIF INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Melaksanakan kursus yang telah didaftarkan
Menambahkan bilangan kursus untuk memenuhi kehendak pelanggan
Memastikan kursus-kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan pelanggan berdasarkan KOMPAS
Melaksanakan program latihan /dasar KPM sebagaimana yang diarahkan
Meningkatkan kuantiti perkhidmatan teras yang lain
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Meningkatkan kualiti pengurusan organisasi
Meningkatkan kualiti pengurusan pelanggan
Meningkatkan kualiti tadbir urus latihan
Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam proses penyampaian perkhidmatan
Meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001-2000 IAB
Memantapkan pengurusan Pentaksiran
Meningkatkan kapasiti penerbitan dalam pengurusan dan kepimpinan
Memantapkan data driven inisiatif melalui penyelidikan & pembangunan
Latihan memenuhi keperluan stakeholder
Memasyhurkan IAB sebagai Premier Centre dalam ELM
Memperkasakan institusi pendidikan
Meningkatkan kompetensi staf
Meningkatkan tahap komitmen staf
Menyediakan infrastruktur yang lengkap, cukup, bersih dan berfungsi
Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Memastikan pengurusan kewangan yang cekap, berhemat dan berkesan
Memperluaskan punca sumber kewangan (Broaden funding stream)
Terakhir dikemaskini :- 14 Julai 2009
Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands